PETALING JAYA: Polis percaya empat lagi lelaki dipercayai terlibat kes rogol berkumpulan di Wangsa Maju dekat sini masih berada dalam negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan empat suspek berusia antara 20-an hingga 30-an. “Suspek utama iaitu abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu dituduh pagi tadi di bawah Seksyen Seksyen 107 Kanun Keseksaan (KK) bersama Seksyen 375B KK. “Bagaimanapun, kita masih giat mengesan keempat-empat suspek dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya