Dua juruterbang maut di Elmina aktif pengakap udara

Dua juruterbang maut di Elmina aktif pengakap udara

HASANY ARAS Abdul Azim (kiri) dan Mohd. Zaini Abdul Ghani menunjukkan Pingat Presiden dan sijil penganugerahan pada Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Melaka dan Sijil Pengakap Raja di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Saya pun tak tahu dia adalah ahli pengakap, mungkin ini adalah satu bakti dicurahkan oleh Allahyarham tanpa pengetahuan kami sekeluarga,” luah Hasany Aras Abdul Azim, 42.

Hasany Aras merupakan adik bongsu kepada juruterbang, Allahyarham Kapten Heikal Aras Abdul Azim, salah seorang daripada dua juruterbang yang maut bersama lapan yang lain selepas pesawat ringan diterbangkan terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Dia mewakili arwah abangnya menerima Pingat Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) bersama seorang lagi juruterbang, Allahyarham Mohammad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi pada Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Melaka dan Sijil Pengakap Raja di sini, hari ini.

Majlis penyampaian telah disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd Rustam.

Hasany Aras berkata, ahli keluarganya juga tidak mengetahui Allahyarham memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Melaka untuk Program Pengakap Udara.

“Apabila PPM menghubungi saya dan memaklumkan arwah abang akan menerima Pingat Presiden, ini benar-benar mengejutkan kami. Bila masa dia masuk pengakap pun saya tak tahu, kerana setahu saya masa sekolah rendah dia aktif dengan pengakap.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pengakap Malaysia kerana penganugerahan pingat ini kepada kekanda saya,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Mohd. Zaini Abdul Ghani, 56, menzhirkan rasa sebak apabila diberi penghormatan mewakili sahabatnya, Allahyarham Mohammad Naim Fawwaz untuk menerima pingat tersebut.

Menurutnya, dia yang mengenali arwah sejak 15 tahun lalu mengetahui rakannya sangat aktif dengan pengakap udara.

“Sewaktu program pengakap udara, dia pernah menerbangkan pesawat membawa Mohd. Ali dari Segamat ke Melaka. Dia juga seorang yang ringan tulang dan sangat aktif dengan apa sahaja aktiviti pengakap udara termasuk menerbangkan pesawat ringan, semata-mata ingin memberi pendedahan kepada ahli baru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya