Dua beranak cedera, kereta dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Dua beranak cedera, kereta dihempap pokok tumbang

ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta di Taman Song Choon, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian di Taman Song Choon, di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang sekitar pukul 2.30 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.01 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai  ke lokasi kejadian untuk tugas menyelamat.

“Kejadian berpunca daripada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap sebuah kereta yang sedang bergerak.

“Terdapat dua mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan di mana seorang remaja lelaki dan ibunya masing-masing berusia 14 dan 47 tahun tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, komander operasi segera melakukan penilaian risiko di lokasi kejadian sebelum mengarahkan anggota memotong pokok yang menghempap kereta berkenaan.

Katanya, dua beranak yang berjaya dibawa keluar mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital dengan kenderaan orang awam.

“Komander operasi telah memaklumkan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk hadir ke lokasi kejadian bagi bantuan pemotongan pokok.

“Operasi tamat pada pukul 4.49 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya