Dr. Azizan Abdul Aziz kini Presiden baharu MMA 

Dr. Azizan Abdul Aziz kini Presiden baharu MMA 

Dr. Azizan Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz dilantik sebagai Presiden baharu persatuan itu menggantikan penyandangnya, Dr. R. Muruga Raj Rajathurai, bermula semalam. 

Sehubungan itu, beliau akan memperjuang isu-isu dalam sektor kesihatan seperti doktor kontrak, kesesakan di fasiliti penjagaan kesihatan, kekurangan doktor pakar, imbuhan dan laluan kerjaya doktor muda. 

Selain itu, Dr. Azizan  akan terus membangkitkan masalah persekitaran kerja, keseimbangan kehidupan kerja doktor untuk mengelak keletihan, persediaan untuk negara yang semakin tua dan pendigitalan penjagaan kesihatan. 

Jelasnya, ini bagi memastikan isu penjagaan kesihatan awam perlu ditangani sebaiknya demi kebaikan semua pihak.

“Penjagaan kesihatan awam tidak seperti jabatan perkhidmatan awam yang lain kerana pekerja penjagaan kesihatan sering bekerja lebih masa bagi mengutamakan keperluan pesakit lebih dulu.

“Kesejahteraan doktor dan semua kakitangan penjagaan kesihatan dalam sistem penjagaan kesihatan awam harus dianggap keutamaan untuk memastikan kualiti penjagaan tertinggi di negara ini dikekalkan.

“Ini kerana pekerja penjagaan kesihatan di sektor awam diamanahkan dengan tanggungjawab menjaga peratusan tinggi iaitu lebih 70 peratus penduduk bergantung kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan awam untuk keperluan kesihatan mereka,” katanya dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden MMA baharu, semalam.

Dr. Azizan menamatkan pengajian perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1986. 

Beliau berkhidmat di hospital-hospital awam dan swasta dan menjadi doktor am pada tahun 1999. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya