DITP iktiraf sijil Thai SELECT

DITP iktiraf sijil Thai SELECT, terbuka kepada pengusaha restoran di Malaysia

WORAWAN Wanwil (tengah) dalam satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Promosi (DITP) Kementerian Perdagangan Thailand mengiktiraf sebanyak 26 restoran berasaskan makanan negara tersebut di bawah pensijilan Thai SELECT.

Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil berkata, pensijilan diberikan kepada restoran terbabit yang menghidangkan serta menjual makanan autentik Thai menerusi proses memasak dengan mengikut resepi Thai yang asli.

Katanya, inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan penggemar hidangan Thailand memilih restoran terbaik menerusi pensijilan ini.

“Pensijilan ini terbuka kepada semua pengusaha restoran di Malaysia yang mengetengahkan hidangan Thailand. Kita beri kepada restoran masakan Thai yang betul-betul mengikut cara dan bahan dari negara Gajah Putih,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Worawan Wanwil, terdapat dua cara untuk mendapatkan pensijilan ini.

“Pertama kami akan datang ke restoran secara rambang untuk membuat penilaian atau pemilik sendiri membuat pendaftaran dan kami akan lakukan penilaian secara ‘rahsia’.

“Apa yang penting, sesebuah restoran itu wajib menggunakan bahan asli dari Thailand dan menghidangkan menu autentik dan enak kepada pengunjung,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya