Dewan Rakyat: Rasionalisasi subsidi tidak beban golongan

Dewan Rakyat: Rasionalisasi subsidi tidak beban golongan sederhana dan rendah

ANWAR Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak akan sesekali membebankan dua golongan itu ekoran sebarang langkah penyesuaian subsidi yang boleh membebankan mereka.

“Saya beri jaminan bahawa apa-pun rasionalisasi subsidi dilakukan, kita tidak akan membebankan golongan pendapatan menengah dan rendah, ini kerana sebarang penyesuaian tentu akan membebankan mereka,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Menyentuh isu bekalan dan harga beras tempatan, Anwar berkata, beliau mengarahkan menteri untuk memantau perkara itu dengan segera bagi menangani masalah kekurangan bekalan di pasaran.

“Walaupun kita beritakan jaminan harga beras tempatan tidak naik, tetapi ada laporan bekalan di beberapa tempat, dan ia  mesti ditangani dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan setuju soal kenaikan harga barang satu perkara serius dan menekankan kehidupan rakyat.

“Cuma, saya harap ahli-ahli Yang berhormat kena faham seperti dibangkitkan oleh Arau tentang kenaikan harga bawang, tapi, fahamlah, sejak Ogos lalu, duit eksport bawang dari India naik 40 peratus, tentunya bagi kita di Malaysia membeli bawang dari India akan terkesan. Begitu juga keputusan India mengehadkan eksport beras putih,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar meminta ahli-ahli Parlimen untuk menghantar nota kepada beliau dengan segera jika menerima aduan bekalan bekalan beras di kawasan masing-masing dan beliau akan mengarahkan makanan rutin tersebut untuk dihantar dengan segera. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya