KPDN lancar Jualan Rahmah Beras 

Dewan Rakyat: KPDN adakan Jualan Rahmah Beras 

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras esok dengan potongan harga yang berpatutan. 

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, program Jualan Rahmah Beras itu bertujuan membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga makanan itu. 

Bagaimanapun, katanya, mekanisme pelaksanaannya hanya akan diperincikan kemudian. 

“Kerajaan akan melancarkan jualan rahmah beras. Kita akan umumkan mekanisme ini untuk membantu rakyat yang benar-benar tidak mampu supaya dapat memberi beras keperluan harian mereka dengan harga yang kita subsidikan melalui peruntukan yang diberi kerajaan. 

“Yang diluluskan Parlimen sebanyak RM100 juta dan diumumkan oleh Perdana Menteri tambahan sebanyak RM50 juta. 

“Tidak banyak, tetapi digunakan dengan baik, Insya-Allah untuk membantu rakyat,” katanya semasa menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Dr. Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkenaan penguatkuasaan apabila banyak aduan banyak beras tempatan dicampur dengan beras import supaya dapat dijual pada harga tinggi yang bukan dalam bidang kuasa kementeriannya, Fuziah menjelaskan terdapat kaedah bagi menangani isu tersebut. 

“Dalam bidang kuasa KPDN ialah kita boleh menjalankan pemantauan, terjahan dan sebagainya di peringkat peruncintan. 

“Namun, kita tiada punca kuasa untuk ke peringkat pemborong atau pengilang akan tetapi kerajaan lancarkan Ops Jamin pada 7 Julai supaya boleh turun bersama,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya