Dewan Negara: Kerajaan pergiat usah struktur semula pasaran

Kerajaan struktur semula pasaran buruh, perkukuh sistem pendidikan

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mempergiatkan usaha menstrukturkan semula pasaran buruh dan memperkukuh sistem pendidikan negara melalui anjakan besar ketersediaan bakat masa hadapan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, anjakan tersebut berkait rapat dengan gaji, levi pekerja asing dan kemahiran berterusan yang akan dilaksanakan melalui tujuh perkara pokok.

“Bagi menangani isu ketidakpadanan kemahiran, tahap gaji yang rendah dan peningkatan produktiviti yang perlahan. Model gaji progresif akan diperkenalkan, langkah ini memberi manfaat kepada golongan pekerja melibatkan peningkatan gaji, kemahiran dan produktiviti pekerja.

“Manakala, majikan akan memperoleh faedah daripada peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat,” katanya ketika berucap semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dasar pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja akan diteruskan.

“(Ini) bagi memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan peralihan kepada automasi dan mekanisasi.

“Dalam hubungan ini, mekanisme levi pelbagai peringkat akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, usaha untuk memastikan kadar penyertaan tenaga kerja wanita mencapai sasaran 60 peratus dalam tempoh 10 tahun akan dipergiatkan.

“Langkah untuk menggalakkan wanita kekal atau kembali bekerja akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan dan sokongan diperlukan. Ini termasuk inisiatif MamaCare, insentif pusat jagaan kanak-kanak mampu bayar, career comeback program dan subsidi yuran taska di tempat kerja.

“Wanita dalam ekonomi penjagaan akan turut diiktiraf sebagai usaha meningkatkan penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja. Langkah ini akan juga menangani cabaran penyusutan guna tenaga kesan daripada trend negara menua,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya