Dewan Negara: Kerajaan dicadang tubuh agensi kawal selia

Dewan Negara: Kerajaan dicadang tubuh agensi kawal selia sumber REE

MOHD. HISAMUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mengawal selia semua urusan berkaitan sumber nadir bumi (REE) negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, unsur REE terletak di bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.

Kata beliau, oleh itu, dengan adanya agensi sedemikian, negara boleh menyelaraskan penjualan keluar REE.

“Contohnya seperti Petronas, kawal selia penjualan produk petroleum walaupun sumbernya terletak di kawasan negeri-negeri.

“Cadangan penubuhan agensi tersebut juga akan dapat mengelakkan pergaduhan di antara negeri-negeri dengan kerajaan Pusat.  Seterusnya mengelakkan daripada eksploitasi harga, eksport haram serta kehilangan sumber REE.

“Sekali gus, menjamin pulangan segera dan keuntungan maksimum kepada negara kita,” katanya dalam sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hisamudin berkata, penubuhan agensi tersebut adalah untuk mengawal sahaja, di mana ia tidak akan menghalang kerajaan negeri untuk mengorek REE, tetapi  hasil perlu dijual kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dia kena paksa jual pada kita, kalau tidak, harga berlainan setiap negeri, hasilnya berlainan. Negeri kena tipu je, kalau di negara kita, tidak mengawal sumber REE ni masalahnya kita tidak tahu,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya