Dewan Negara jangan alami situasi sama seperti Dewan Rakyat

Dewan Negara jangan alami situasi sama seperti Dewan Rakyat

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli-ahli Dewan Negara diminta menjaga adab dan menggunakan perkataan yang baik semasa persidangan berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kejadian yang terjadi di Dewan Rakyat, semalam apabila kekecohan berlaku antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, sudah menjadi cemuhan oleh umum.

Kata beliau, perkara sama tidak sepatutnya berlaku di dalam Dewan Negara kerana ia bertindak sebagai ‘semak dan imbang’ kepada Dewan Rakyat.

“Maka menegur, memberikan struktif, komen atau cadangan adalah tidak salah tetapi menggunakan perkataan yang elok dan baik. Perkara tidak sesuai ataupun unparliamentary perlu dan patut dielakkan.

“Maka saya sebagai Yang Dipertua, yang selalu menyebut soalan keadaban ini dan membuat transformasi Parlimen supaya akur kepada sikap-sikap seorang ahli Parlimen sebagaimana selalu disebut.

“Saya berharap Yang Berhomat sekalian beri kerjasama pada saya. Kalau Yang Berhomat tidak setuju dengan kerajaan, menteri tidak mengapa, cakap. Tidak ada halangan rintangan, halangan hanya bukan soalan peribadi Menteri, Perdana Menteri dan ahli-ahli kerajaan,” katanya ketika berucap dalam persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kekecohan berlaku di antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan.

Penjelasan Anwar melibatkan Presiden UMNO itu amat mengundang kemarahan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin sehingga menyebabkan hampir keseluruhan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya