Dewan Negara: Industri REE dijangka sumbang 9.5 bilion pada

Industri REE dijangka sumbang RM9.5 bilion pada KDNK negara tahun 2025

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri nadir bumi (REE) dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan baharu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, industri tersebut akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur REE bukan radioaktif (NR-REE) yang mapan dan mesra alam.

Kata beliau, unsur NR-REE diperlukan untuk pembuatan beberapa produk seperti bateri, super magnet dan peralatan-peralatan elektronik.

“Dasar Mineral Negara baharu juga akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh, berasaskan kemapanan dan kebertanggungjawaban.

“Dasar ini akan dijadikan panduan dalam mengenalpasti aktiviti perlombongan yang boleh dilaksanakan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pemetaan terperinci sumber unsur REE dan modal perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai REE di dalam negara.

“Dasar larangan eksport bahan mentah REE akan diperkenalkan bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber serta menjamin pulangan maksimum,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya