Derita kanser ginjal, Vidi Aldiano tetap aktif bekerja - Utusan Malaysia

Derita kanser ginjal, Vidi Aldiano tetap aktif bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kanser ginjal yang dialami Vidi Aldiano tidak menghalang pelakon dan penyanyi itu untuk aktif dalam dunia seni yang diceburinya sejak 2005.

Malah, Vidi atau nama sebenarnya, Oxavia Aldiano bakal membuat kemunculan semula bersama lagu-lagu terbaharunya yang akan diperdengarkan September depan.

“Hello semuanya, selamat pagi. Maaf kerana baru sekarang berkesempatan untuk muat naik (video) kerana sejujurnya beberapa hari lepas saya tidak sihat dan agak sibuk menjalani sesi fotografi  dan penggambaran video muzik.

“Insya-Allah karya terbaru saya akan diterbitkan pada 29 September ini,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya, baru-baru ini.

Vidi sebelum ini memaklumkan sel kanser berkenaan merebak ke beberapa bahagian lain tubuhnya meskipun pernah menjalani pembedahan pada tahun 2019.

Kini pelakon filem Menebus Impian itu perlu menjalani rawatan kemoterapi tiga minggu sekali untuk pulih.

Vidi bagaimanapun memaklumkan keadaannya kini jauh lebih baik, membolehkan dia bekerja seperti biasa meskipun masih perlu menjalani rawatan kemoterapi.

“Saya tidak sihat beberapa hari lalu, tapi sekarang keadaan saya bertambah baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan memberi sokongan.

“Saya bertuah, didoakan anda semua. Saya amat berterima kasih,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya