Dera bayi hingga maut, pengawal keselamatan berdepan hukuman mati - Utusan Malaysia

Dera bayi hingga maut, pengawal keselamatan berdepan hukuman mati

SEORANG pengawal keselamatan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas dakwaan membunuh seorang bayi dalam kejadian bulan lepas. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh seorang bayi, bulan lepas.

Tertuduh, S. Nagendran, 34, menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd. Farid.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki yang dipercayai berstatus duda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 15 bulan di sebuah rumah di Pangsapuri Ampang Jajar, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos kira-kira pukul 6.25 petang hingga 26 Ogos pukul 4.50 petang di lokasi yang sama.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Nur Fatin menetapkan 6 Mac tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin sementara menunggu tarikh berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki berumur setahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai didera oleh teman lelaki kepada ibu kandungnya, 26 Ogos lalu.

Bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh seorang lelaki berusia 30-an yang menyatakan mangsa telah pengsan dan memerlukan rawatan lanjut sebelum lelaki berkenaan menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Susulan kejadian itu, sembilan suspek termasuk lelaki berkenaan berjaya ditahan sebelum direman bagi membantu siasatan kes terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya