DAP parti setia kawan dalam Kerajaan Perpaduan - Kor Ming - Utusan Malaysia

DAP parti setia kawan dalam Kerajaan Perpaduan – Kor Ming

NGA Kor Ming beramah mesra dengan pelanggan Medan Selera Taman Perpaduan pada Program Sentuhan Kasih KPKT di Parlimen Tambun, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai gabungan yang mempunyai pemikiran kolot dan jumud apabila menuduh DAP bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana DAP adalah rakan setia kepada parti-parti komponen termasuk Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dakwaan itu membuktikan PN terlalu taksub dengan pemikiran kolot dan jumud sehingga mengeluarkan pandangan tidak berasas.

“DAP adalah rakan setia kepada parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan. Selama ini pun, kami bekerja sebagai satu pasukan kerana percaya, kami lebih kuat apabila bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Parlimen Tambun di Medan Selera Taman Perpaduan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT, Muhammad Razman Abu Samah; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Semalam, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, DAP masih bertindak sebagai ‘abang besar’ yang tidak mempedulikan saranan rakan gabungan itu sekali gus mengekalkan perjuangan parti mereka.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, DAP telah menunjukkan sifat sebenar parti itu apabila bertegas tidak akan menggugurkan agenda negara sekular dan ‘Malaysian Malaysia’ walaupun disarankan UMNO Pulai.

Malah Radzi berkata, Bersatu  sebelum ini telah bersama DAP dan sudah nampak warna sebenar parti itu sebelum memutuskan meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya