DAP mesti taubat, mohon maaf kepada MCA -Ti Lian Ker

DAP mesti taubat, mohon maaf kepada MCA -Ti Lian Ker

TI LIAN KER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA mahu DAP membuat permohonan maaf dan segera bertaubat selepas lebih 60 tahun menggelarkan parti itu sebagai ‘anjing ribaan’ UMNO.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, selagi DAP tidak menarik semula gelaran tersebut, selagi itulah sokongan rakyat terhadap partinya akan terus merudum.

Pada masa sama, beliau berkata, DAP tidak sepatutnya tersinggung apabila digelar sebagai ‘anjing UMNO’ pada kali ini kerana pernah melemparkan gelaran sama terhadap MCA sebelum ini.

“Saya gembira apabila mengetahui DAP tidak boleh menerima gelaran yang pernah diberikan (kepada musuh politik) sejak berdekad lalu. 

“Apa bezanya digelar ‘anjing ribaan’ dengan ‘anjing UMNO’? Hanya kerana berpandangan jauh untuk mengakui dan menerima realiti politik pada sesuatu masa? Kesedaran DAP terlalu lambat dan mereka hanya meniru naratif MCA masa lalu iaitu berkorban dan berkompromi demi perpaduan dan keharmonian.

“Selagi DAP tidak memohon maaf dan menarik balik gelaran yang diberikan sejak lebih 60 tahun lalu dengan memanggil MCA sebagai ‘anjing ribaan UMNO’, MCA tiada kelebihan berbanding DAP.

“DAP kini berlakon seperti mangsa dan terhina apabila menerima gelaran. Untuk menggesa (Presiden Muda), Syed Saddiq (Abdul Rahman) menarik balik kenyataannya, adalah lebih baik DAP bertaubat dan meminta maaf kepada MCA sebagai tauladan untuk diikuti Syed Saddiq,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar untuk menarik balik gelaran ‘anjing ribaan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap DAP di laman sosial Twitter.

Syed Saddiq membuat kenyataan sebagai menunjukkan ketidak puas hatinya kerana Peguam Negara memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, Isnin minggu lalu.

Turut memberi gelaran sama terhadap DAP adalah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melalui laman sosial Instagram miliknya susulan keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid.

Lian Ker berkata, DAP sebenarnya tidak perlu terasa dengan gelaran diberikan tersebut memandangkan parti berkenaan sudah banyak kali melabelkan musuh politiknya dengan gelaran tidak sihat.

“Hari ini DAP sudah berpelukan dengan Ahmad Zahid yang sebelum ini mereka gelar ‘Indon’, ‘kleptokrat’ dan sebagainya. Sebaliknya mereka mengubah haluan dengan menyerang (Presiden Pas, Tan Sri Abdul) Hadi Awang dan Pas, dengan serangan sama terhadap UMNO sebelum ini.

“Keputusan DNAA Ahmad Zahid baru-baru ini mengakibatkan kekecohan, orang ramai kecewa dan rasa tertipu. Penyokong DAP kecewa, rasa tertipu. Sebahagiannya sedar DAP sedang menunduk untuk memuaskan UMNO.

“Kemuncaknya dengan (bekas Ketua Pemuda UMNO) Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq menggelarkan DAP sebagai ‘anjing ribaan UMNO,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya