DAP kekal setia bersama Kerajaan Perpaduan - Nga Kor Ming

DAP kekal setia bersama Kerajaan Perpaduan – Nga Kor Ming

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP tidak akan sekali-kali menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah membabitkan kes rasuah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Naib Presidennya, Nga Kor Ming berkata, DAP adalah sebuah parti yang mementingkan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan.

“DAP adalah rakan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan kes rasuah itu.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, MUDA tidak akan teragak-agak menilai kedudukan dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Ahmad Zahid tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Jelas Kor Ming lagi, Syed Saddiq sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai perkara itu.

“Syed Saddiq adalah antara ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan. Itu lebih profesional,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah membabitkan Ahmad Zahid, Kor Ming berkata, DAP mahu bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan lanjut mengenai kes itu.

“Saya rasa yang perlu jawab adalah bekas Peguam Negara. Semua pihak juga perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan 145(3) memberi kuasa mutlak dan budi bicara kepada Peguam Negara sama ada untuk buat pertuduhan, penarikan pertuduhan ataupun apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah.

“Pihak polis hanya mempunyai kuasa siasat dan yang berkuasa mendakwa pula Peguam Negara. Justeru, isu ini sepatutnya dijawab oleh Idrus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya