'DAP bukan parti komunis, amal pendekatan sederhana'

‘DAP bukan parti komunis, amal pendekatan sederhana’

AHMAD Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan perwakilan DAP selepas Persidangan Tahunan DAP 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP menegaskan bahawa parti itu sentiasa menggunakan pendekatan sederhana dalam melaksanakan setiap dasar dan keputusan politiknya berpaksikan Perlembagaan Persekutuan

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, DAP juga bukan sebuah parti komunis, sebaliknya mengamalkan doktrin ‘pertengahan kiri’ berasaskan ideologi sosial demokrasi.

“Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana perjuangan parti ini pertamanya mengikut lunas undang-undang, malah kita pertahankan Perlembagaan Persekutuan serta berlandaskan prinsip Rukun Negara,” katanya ketika ucapan dasar sempena Persidangan Tahunan DAP 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga mahu semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mengambil pendekatan sederhana bagi memastikan kerajaan terus menjadi pilihan majoriti rakyat sekali gus boleh menjadi kuasa besar yang mampu menewaskan politik ekstrem pihak lawan.

“Malaysia tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan pendekatan ekstrem.

“Malah, Kerajaan Perpaduan ini adalah satu-satunya pilihan untuk memastikan Malaysia bangkit semula dan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi serta sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya