MUAR: DAP mengakui peluang Pakatan Harapan (PH) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) seimbang dengan Perikatan Nasional (PN). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Ng Yak Howe berkata, keraguan itu masih wujud berdasarkan beberapa faktor terutama soal peratusan keluar mengundi dan pendirian pengundi UMNO. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan berkata, jika kedua-dua faktor itu dapat ditangani sewajarnya, PH berpeluang meraih jumlah undi tertinggi pada hari mengundi 9 September ini. “Setakat ini, peluang untuk kita menang 50-50, masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya