Cergas di usia 50-an, Thalia telan 30 pil kesihatan sehari - Utusan Malaysia

Cergas di usia 50-an, Thalia telan 30 pil kesihatan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK namanya popular pada tahun 1999 menerusi telenovela Rosalinda, pelakon, Thalia, sehingga kini memegang status sebagai antara artis latin paling dikenali di seluruh dunia. 

Pelakon dan penyanyi berasal dari Mexico ini menjadi inspirasi kepada wanita seluruh dunia yang mengidolakan kecantikan dan bakat lakonan yang dimilikinya. 

Usia Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda menginjak kepada 51 tahun pada 26 Ogos lepas. 

Namun, wanita yang mendapat jolokan ‘Ratu Pop Latin’ ini masih mampu mengekalkan kejelitaan dan keremajaan meskipun sudah ‘berumur’. 

Dalam satu perkongsian bersama majalah Vouge Mexico, Thalia mendedahkan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan menawan meskipun berdepan peningkatan usia. 

“Saya tidak teragak-agak untuk melakukan pembedahan atau menjalani rawatan laser terkini bagi mendapatkan jumlah kolagen yang badan saya perlukan. 

“Saya juga akan terus mengamalkan pengambilan 30 pil kesihatan setiap pagi untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti setiap hari. 

“Pada masa sama, saya akan menjaga rambut, sering ke salon kecantikan untuk menjalani rawatan bagi menyembunyikan uban,” tulisnya pada satu ruangan dalam majalah tersebut. 

Thalia dalam perkongsian sama turut menyuarakan bantahan berkenaan isu diskriminasi yang dihadapi pelakon dan penyanyi wanita berusia dalam industri hiburan seluruh dunia. 

“Kita semua akan tua! Tiada seorang pun yang dapat melarikan diri daripada pertambahan usia,” tegasnya. 

Thalia mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Mottola Media Group yang juga bekas suami Mariah Carey, Tommy Mottola pada tahun 2000. 

Awal tahun ini, spekulasi bertebaran mengaitkan rumah tangga pasangan ini yang dikatakan berantakan gara-gara gangguan orang ketiga. 

Mottola didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan model dan penyanyi asal Peru, Leslie Shaw. 

Kontroversi tersebut hebat diperkatakan dalam rancangan El Gordo y la Flaca yang dihoskan kawan baik pasangan itu, Lily Estefan. 

“Mereka bahagia, hubungan mereka sempurna. Cerita-cerita tak benar ini didalangi pempengaruh media sosial. Itulah kerja mereka. Saya tidak akan sebut nama, tapi saya pasti ramai yang kenal mereka siapa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya