Caprice umum isteri hamil lima bulan

Caprice umum isteri hamil lima bulan

CAPRICE bersama isteri, Farra pada majlis pelancaran produk suplemen lelaki Thor X di JW Marriott di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Caprice mengesahkan isterinya, Farra Inalis hamil lima bulan selepas tiga tahun berkahwin.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, berkata, ia merupakan berita gembira buat dirinya selepas menangguhkan perancangan untuk menimang cahaya mata.

“Selepas Caprice kahwin dahulu, ada banyak masalah dan tekanan dari bisnes dan media sosial ketika itu.

“Jadi, Caprice memang tak nak ada anak sebab rasa macam tak sedia lagi,” katanya ketika melancarkan produk suplemen lelaki, Thor-X di ibu negara hari ini.

Namun, beliau bersyukur apabila akan digelar sebagai bapa tidak lama lagi.

 “Alhamdulillah, isteri saya mengandung lima bulan, ini bukan reka-reka, susah nak reka benda macam ini, ini semula jadi,” katanya.

Caprice berkahwin bersama pasangannya pada 15 November 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya