Calon PN tanding PRK DUN Pelangai diumum malam ini - Utusan Malaysia

Calon PN tanding PRK DUN Pelangai diumum malam ini

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) mengiringi Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan) melawat pameran Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Terengganu pada Majlis Perasmian Menara MBKT di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas akan mengumumkan nama calon daripada parti itu yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang, malam ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon Pas itu adalah calon anak tempatan yang mempunyai beberapa kriteria boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Menurutnya, calon tersebut sangat dekat dengan rakyat dan akan memberi sumbangan kepada pengundi di DUN Pelangai sekiranya diberi peluang mewakili mereka dalam PRK kali ini.

“Dalam PRK DUN Pelangai, kita akan guna lambang PN (sepanjang tempoh berkempen).

“Nama calon tak boleh dedah lah dulu sebab kita nak isytiharkan di Pelangai malam ini, kita dah kenal pasti calon yang insya-Allah boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan pemilihan calon yang akan mewakili PN untuk bertanding di PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.

Terdahulu, Ahmad Samsuri mengiringi keberangkatan tiba Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, hari ini.

Dua nama yang disebut-sebut bakal bertanding mewakili PN di PRK DUN Pelangai ialah Kasim Samat dan Roslan Md. Esa.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi selepas menewaskan calon PN, Kasim Samat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya