KANGAR: Burung hantu busut atau Dusky Eagle-Owl iaitu burung hantu terbesar di Malaysia antara yang ditemukan di Wang Kelian di sini, sekali gus menjadi tumpuan pemerhati dan jurugambar dari luar negara untuk ke negeri ini bagi merakamkan gambar pelbagai spesies burung. Selain pemerhati tempatan, penggemar burung dari negara luar seperti Hong Kong dan Singapura tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke negeri ini bagi merekodkan gambar spesies burung tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pemerhati burung tempatan, Huzairi Abd. Halim, 49, berkata, ada antara pemerhati burung dari luar negara sanggup menghabiskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya