Bukit Tarik dibincang dalam MMKN - Exco - Utusan Malaysia

Bukit Tarik dibincang dalam MMKN – Exco

Bukit Tarik
SALAH seorang penduduk Kampung Bukit Tarik, Mamat Deraman menunjukkan antara rumah yang usang selepas ditinggalkan penghuninya apabila pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan tidak dibangunkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Isu ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur yang dihadapi lebih 200 penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarik seluas kira-kira 324 hektar dilapor akan diuruskan oleh jawatan kuasa berkaitan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, perkara itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada penggal lepas.

“Saya rasa pernah dibincang dalam MMKN, ada perumahan (kampung) di dalam itu (Bukit Tarik), ada dibincangkan tetapi Exco Perumahan akan melihat dan membawa isu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Pertanian dan Agogreen Selangor: ‘Membudayakan Inovasi, Memperkasa Sekuriti Makanan’, hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan penduduk Kampung Melayu Bukit Tarik dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor masih menunggu bantuan kerajaan bagi membina jalan raya serta kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.

Hampir dua tahun selepas akhbar ini mendedahkan masalah penduduk di sana pada Oktober 2021, sejak itu terdapat beberapa siri pertemuan antara mereka dengan Kerajaan Persekutuan sepanjang 2022.

Malah, mereka juga menerima kunjungan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) bagi menyediakan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih di sana.

Sehingga kini, mereka masih terpaksa melalui jalan tanah sejauh kira-kira empat kilometer untuk menghubungkan dengan jalan utama, menggunakan generator, bateri kereta dan panel solar untuk memperoleh bekalan elektrik serta menadah hujan bagi mendapatkan air bersih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN