Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

SEBUAH bot nelayan asing Indonesia ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti tangkapan ikan di kawasan perairan Malaysia, berhampiran Pulau Kendi, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebuah bot nelayan asing Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti tangkapan ikan di kawasan perairan Malaysia, berhampiran Pulau Kendi, kelmarin.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, bot tanpa nombor pendaftaran itu dikesan sedang bergerak di sekitar kedudukan 68 kilometer Barat Daya kawasan terbabit oleh Kapal Maritim (KM) Burau yang melakukan rondaan rutin.

“Sebaik sahaja merapat ke bot berkenaan, Maritim Malaysia telah melakukan penggeledahan serta pemeriksaan.

”Bot tersebut didapati dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong warga Indonesia berumur antara 12 hingga 35 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

”Kru terbabit direman selama 14 hari bagi membantu siasatan manakala bot serta hasil tangkapan ikan ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

”Kesalahan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya