Bomba Terengganu lakukan persiapan awal hadapi banjir  - Utusan Malaysia

Bomba Terengganu lakukan persiapan awal hadapi banjir 

HASSAN 'As'ari Omar (tiga dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada pengamal media selepas menyampaikan Sijil Perhargaan Ops Jeram Mawar pada Majlis Himpunan Bulanan JBPN Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku lebih awal pada tahun ini. 

Pengarahnya, Hassan ‘As’ari Omar berkata, tumpuan khusus diberikan di daerah Hulu Terengganu yang dijangka berisiko tinggi berlaku banjir, selain Daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, dan Kemaman. 

Menurutnya, terdapat 192 kawasan berisiko banjir juga dikenal pasti membabitkan lapan daerah di negeri itu.

“Antara lokasi berisiko tinggi itu terletak di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sebanyak 15 kawasan, Marang (27), Besut (29),  Setiu (21), Dungun (32), Kemaman (39) dan Hulu Terengganu (29).

“Lima limbangan sungai juga dikenal pasti berisiko banjir melibatkan lima lembangan sungai antaranya Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Setiu, Dungun dan Sungai Kemaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Bulanan JBPN Terengganu di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 25 pengamal media negeri ini menerima Sijil Penghargaan Ops Jeram Mawar.

Hassan ‘As’ari memberitahu, seramai 690 pegawai dan anggota akan ditempatkan di kawasan terbabit sekiranya berlaku banjir. 

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga mempunyai 38 buah bot yang akan ditempatkan ke lokasi yang terlibat banjir untuk menyelamatkan mangsa bencana itu.  

“Berdasarkan trend beberapa tahun kebelakangan ini, situasi banjir di negeri ini sukar untuk dijangka.

“Banjir di Terengganu sejak akhir-akhir ini kawasan yang terjejas tidak statik dan sering berubah-ubah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya