Bilangan Tabika, Taska Kemas ditambah di seluruh negara  

Bilangan Tabika, Taska Kemas ditambah di seluruh negara  

ANISAH Saidin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan salah seorang peserta kanak-kanak pada program Hari Potensi Kemas dan 'Healthy Bright Kids Carnival' Peringkat Negeri Terengganu di Mydin Mall Gong Badak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berhasrat menambah bilangan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Kemas di seluruh negara.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas, Anisah Saidin, langkah tersebut adalah perlu berikutan permintaan tinggi daripada ibu bapa yang mahu menempatkan anak mereka di Tabika dan Taska Kemas.

Menurutnya, pada masa ini, terdapat lebih 10,000 Tabika dan 560 Taska Kemas yang mempunyai kira-kira 227,000 kanak-kanak di seluruh negara, namun, jumlah itu diakui belum mencukupi.

Jelasnya, susulan daripada rungutan ibu bapa itu, Kemas di setiap negeri ada membuat permohonan untuk menambah atau membuka lebih banyak pusat jagaan di kawasan masing-masing.

“Dalam setiap kelas lazimnya ditempatkan antara 20 atau 25 kanak-kanak sahaja, jadi tempat memang agak terhad dan jumlah ini sudah ditetapkan dalam dasar Kemas.

“Jika ia melebihi daripada kapasiti yang ada, kita tidak akan membuat pengambilan baharu tetapi Kemas ada usaha ke arah menambah tabika dan taska di seluruh negara bagi memenuhi permintaan ibu bapa.

“Buat masa ini, kita sedang kumpul data-data yang berkenaan sebelum dibawa ke jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kemas sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Hari Potensi Kemas dan ‘Healthy Bright Kids Carnival’ Peringkat Negeri Terengganu di Mydin Mall Gong Badak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Anisah memberitahu, sebanyak 100 Tabika Kemas terpilih menyertai Program Tabika Pra-Tahfiz Kemas dalam usaha melahirkan 100,000 hufaz menjelang 2026 seperti diumumkan Mei lalu.

Jelasnya, program perintis itu dijangka membabitkan seramai 1,400 kanak-kanak dengan perkongsian pengisian modul bersama Yayasan Pahang selaku rakan strategik utama Kemas. -UTUSAN

ANISAH Saidin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan salah seorang peserta kanak-kanak pada program Hari Potensi Kemas dan ‘Healthy Bright Kids Carnival’ Peringkat Negeri Terengganu di Mydin Mall Gong Badak, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya