KAK Chik Nasi Berlauk yang popular di Tumpat, Kelantan masih mengekalkan harga RM3 meskipun berlaku peningkatan mendadak harga beras seludup dari Thailand atau beras Siam.
Perniagaan nasi berlauk diusahakan sejak 2012 oleh pasangan suami isteri, Che Halimah Che Ahmad, 67, dan Allahyarham Mat Salleh Awang Teh, 73, di Kampung Berangan itu masih mengekalkan harga tersebut sejak empat tahun lalu.
Walaupun kenaikan harga bahan mentah temasuk beras memberi kesan kepada perniagaan mereka kerana menggunakan beras Siam gred A, perniagaan tersebut tetap bertahan bagi memastikan pengguna dapat terus menikmati keenakan rasa nasi itu. – UTUSAN