Bela kebajikan pengamal media sambilan

Bela kebajikan pengamal media sambilan

FAHMI Fadzil menyampaikan bantuan ketika menziarahi penerbit rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Irwan Budi Annuar, 49, yang menghidap masalah kesihatan di kediamannya di Jalan Bako, Petra Jaya di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital mahu supaya jaringan keselamatan sosial yang luas diberi perhatian kepada petugas atau pengamal media sambilan atau stringers  di negara ini.

Justeru menterinya, Fahmi Fadzil berharap, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meneliti satu mekanisma dalam usaha memberi perlindungan sekali gus mengembang jaringan keselamatan sosial kepada pengamal media ketika menjalankan tugas sebagai stringers.

“Beberapa perkara yang telah saya sebut sebelum ini termasuk perbincangan bersama Perkeso mengenai keperluan untuk memberi jaringan keselamatan sosial yang lebih luas terutama lebih kepada golongan tersebut.

“Ini kerana saya lihat semakin hari semakin banyak organisasi mahupun syarikat media yang menggunakan stringers dan sekiranya apa-apa berlaku jaringan keselamatan sosial itu tidak sebaik bagi yang bekerja sepenuh masa,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Tambah Fahmi lagi, kementeriannya sentiasa komited membantu industri media negara terutamanya bagu pengamal media yang berdepan masalah bantuan kesihatan dalam usaha memastikan ekosistem di Malaysia mapan dan sihat.

“Jadi insyallah satu ke dua minggu ini kita akan mengadakan pertemuan dengan pihak PERKESO untuk meneliti dan mengembang luaskan keselamatan sosial ini.

“Maka itu, saya akan terus mendampangi dan meneliti isu ini untuk bantu terutama rakan-rakan media bagi memastikan ekosistem di Malaysia mapan dan sihat. Kita bukan hanya nak bantu wartawan dan kakitangan yang dalam keadaan memerlukan ketika ini, tetapi juga industri media tempatan itu khususnya,” jelasnya lagi.

Fahmi berkata demikian dalam kunjungannya ketika menziarahi penerbit rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Irwan Budi Annuar, 49, yang menghidap masalah kesihatan di kediamannya di Jalan Bako, Petra Jaya di sini hari ini.

Irwan Budi yang telah berkhidmat kira-kira 20 tahun di RTM kini menghidapi komplikasi buah pinggang dan paru-paru selain penglihatan yang semakin kabur.

Bapa kepada tiga orang anak berusia 19 tahun, 17 tahun dan 15 tahun yang sebelum ini bertugas di RTM Limbang telah ditukarkan ke Kuching selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sejak lebih setahun lepas.

Dalam kunjungan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Irwan Budi bagi membantu meringankan beban beliau.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sejak 14 April 2023 sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

“Harapan saya melalui usaha ziarah kasih tabung hawana ini kita akan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan, dan kita telah beri sedikit sumbangan kepada beliau serta mendengar beberapa perkara insyallah yang kita akan bantu uruskan.

“Bagi setiap kes yang kita lawat, mungkin ada sedikit berbeza ada dikalangan mereka mungkin hadapi isu-isu tambahan, selain daripada isu kesihatan.

“Oleh itu, saya guna peluang ini untuk menyantuni, memahami lebih dalam isu konteks dan juga latar belakang kepada masalah-masalah mereka hadapi dan kita cuba cari penyelesaian dengan lebih menyeluruh dan lebih mapan,” ujar Fahmi.

Fahmi kini dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak bermula hari ini hingga Ahad sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, Sabtu ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya