Bekas timbalan menteri, Presiden BAM Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas timbalan menteri, Presiden BAM Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia

ABDULLAH FADZIL CHE WAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan,78, meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Pejabat Orang Besar Jajajah Kinta dalam kenyataan berkata, jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Sungai Ramal di Kajang, Selangor.

Menurut kenyataan itu, jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Panglima Kinta di sini pada pukul 2 petang..

Allahyarham memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan (1995-1999), Timbalan Menteri Luar (1987-1995) dan Ahli Parlimen Bukit Gantang (1986-2004).

Allahyarham juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari tahun 1993 hingga 2000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya