Bayi 7 bulan antara mangsa banjir dipindahkan di PPS - Utusan Malaysia

Bayi 7 bulan antara mangsa banjir dipindahkan di PPS

BAYI berusia tujuh bulan, Ayyyash Afi Abdul hafiz bersama ibunya antara mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan antara 19 orang yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di sini apabila rumah mereka terjejas akibat banjir hari ini.

Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada tiga buah keluarga dari Kampung Matang Tengah di sini.

Ini kejadian kali pertama tahun ini kampung berkenaan dilanda banjir selepas November tahun lalu yang menyebabkan penduduk dipindahkan ke PPS.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, banjir di Mukim Beriah berlaku berikutan hujan lebat semalam.

“Berikutan banjir, PPS di SK Changkat Lobak dibuka pada pukul 5 petang ini untuk menyelamat dan menempatkan mangsa yang terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya