Basikal klasik dapat permintaan meriahkan acara - Utusan Malaysia

Basikal klasik dapat permintaan meriahkan acara

AHLI Kelab Basikal Tuo Soghomban (KBTS) bergambar di hadapan Rumah Warisan Dato' Klana Petra Mohd. Yusuf Hashim di Pantai, Seremban pada Program Kayuhan Basikal Klasik Sempena Hari Malaysia. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bermula untuk hanya mengumpulkan mereka yang mempunyai hobi dan minat yang sama terhadap basikal tua ataupun basikal klasik namun kini Kelab Basikal Tuo Soghomban (KBTS) semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pengerusi KBTS, Mohd. Ariff Bidin berkata, kelab berkenaan yang telah ditubuhkan sejak empat tahun lalu berjaya me­ngumpulkan peminat-peminat basikal klasik bukan sahaja dari daerah ini malah daerah dan negeri lain.

Katanya, sejak itu kelab tersebut bukan hanya menganjurkan ak­tiviti dalam kalangan ahli malah turut diberikan kepercayaan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan ne­geri untuk terlibat sama dalam pelbagai acara.

Jelas beliau, ia terma­suklah menyertai ak­tiviti perarakan sempena sam­butan Hari Kebangsaan serta sambutan Maulidur Rasul.

“Sepanjang empat tahun ini memang aktiviti yang kami adakan adalah kayukan basikal bersama-sama, namun selepas semakin dikenali dan keunikan yang ada kelab ini, banyak pihak yang turut menjemput kami memeriahkan aktiviti yang dianjurkan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Mohd. Ariff, keunikan basikal-basikal klasik yang dimiliki oleh ahli-ahli kelab tersebut juga menyaksikan ia se­ring disewa oleh pelbagai pihak termasuk oleh produksi drama dan filem untuk dijadikan sebagai alatan (prop) penggambaran mereka.

“Tidak kurang ada yang menyewa basikal-basikal ini sebagai prop untuk maj­lis makan malam mereka,” katanya.

Beliau memberitahu, ahli KBTS kini telah me­lebihi 80 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya