Bapa Anna Jobling meninggal di UK, tidak sempat berjumpa kali terakhir - Utusan Malaysia

Bapa Anna Jobling meninggal di UK, tidak sempat berjumpa kali terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Anna Jobling, Abdul Rahman Jobling Abdullah, disahkan menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung malam tadi di United Kingdom.

Berita duka itu turut dikongsikan pelakon Melur Untuk Firdaus menerusi instagram rasmi miliknya sebentar tadi.

“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi,” tulisnya.

Menurut pengurus Anna, Shawn Amer, pelakon itu ketika ini di Bali, Indonesia dan tidak dapat bertemu bapanya buat kali terakhir kerana masih terikat dengan urusan penggambaran drama bersiri, The One.

Peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu memohon peminat agar mendoakan Allahyarham bapanya di samping menyifatkan bapanya seorang yang selalu menyokong minatnya selama ini.

“Allahyarham meninggal dunia malam tadi di UK akibat sakit jantung. Bagaimanapun Anna tidak dapat bersama-sama dengan bapanya buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya