Bacaan IPU di Cheras, Shah Alam dan Nilai tak sihat

Bacaan IPU di Cheras, Shah Alam dan Nilai tak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga stesen di Cheras, Shah Alam dan Nilai mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan melebihi 100, pagi ini.

Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) pukul 10 pagi ini, stesen yang mencatatkan IPU terburuk adalah di Cheras, Kuala Lumpur yang merekodkan bacaan 151.

Dua lagi stesen iaitu di Shah Alam, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan pada tahap 103 dan 110.

Sementara itu, enam stesen iaitu tiga di Sabah dan tiga lagi di Sarawak merekodkan IPU pada tahap baik apabila mencatatkan bacaan di bawah 50.

Keenam-enam stesen tersebut adalah Sarikei (49), Sibu (46) dan Miri (48) di Sarawak manakala di Sabah pula membabitkan stesen di Sandakan (48), Tawau (39) dan Kimanis (31).

Sementara itu, 56 lagi stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi 50 namun masih dikategorikan sebagai sederahana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya