ARAU: Walaupun zaman beredar, atap rumbia masih mendapat permintaan daripada penggemarnya dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden yang kini lazimnya digunakan sebagai penyeri rumah, inap desa atau premis di gerai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengusaha atap rumbia tradisional, Hashim Din, 75, berkata, dia masih bertahan meneruskan penghasilan atap rumbia sejak hampir 60 tahun lalu ketika ramai sudah tidak lagi melakukan kerja-kerja berkenaan. Katanya, dia memilih menyambung legasi berkenaan yang ditinggalkan Allahyarham bapanya, Din Lebai Taib dan masih mampu menjual 300 keping atap rumbia sebulan. “Lazimnya saya menerima tempahan awal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya