Artis senior terkilan perangai buruk pelakon junior - Utusan Malaysia

Artis senior terkilan perangai buruk pelakon junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak sangka juga Cik Bunga, di sebalik perwatakan pelakon muda ini yang suka tersenyum manja, bercakap pun nadanya ala-ala wanita sopan, namun sebenarnya dia pun ada sisi lain yang tidak ditonjolkan kepada umum.

Iyalah, siapa yang nak tunjuk sisi negatif diri di media sosial ye tak? Kalau boleh, semua yang indah-indah, yang baik-baik saja hendak dipamerkan. Imej kena jaga, tak begitu?

Nak dijadikan cerita, artis senior ini dapat tawaran berlakon dengan pelakon muda itu untuk sebuah drama. Masing-masing pula dapat watak sebagai bapa dan anak, jadi kenalah berlakon seperti sebuah keluarga ye tak?

Tetapi, disebabkan satu hal lama, yang pada Cik Bunga sudah patut dilupakan dan tak perlu diperbesarkan, pelakon muda itu menyerlahkan sisi buruknya di set penggambaran.

Walhal, kata pelakon senior itu, dia sebagai orang tua, terlebih dahulu merendahkan egonya, datang, berjabat salam dengan pelakon tersebut di set. Iyalah, nak tak nak kenalah juga mulakan kerja secara profesional bukan.

Namun, tangan yang dihulur nampaknya cuma disambut dengan wajah dingin pelakon muda tersebut. Pula itu, sepanjang berada di set, bukan main menyerlah lagi wajah mencuka dia nak menunjukkan yang dia tak suka kehadiran dan penglibatan artis senior itu di set.

Macam mana itu ya? Bukankah kena berlakon sebagai sebuah keluarga? Macam mana hendak bina keserasian pada babak masing-masing kalau yang seorang itu pula tengah memberontak.

Cik Bunga difahamkan, pelakon senior itu pun sudah mencuba sedaya upaya untuk profesional. Dia orang lama, tentulah lebih faham kerjanya. Sudahnya, pengarah juga kena tegur pelakon muda tersebut supaya tak rasa janggal sangat di set penggambaran.

Cik Bunga tahu apa isu yang berlaku, tetapi malaslah hendak bangkitkan kembali. Benda dah sejuk, tak mahulah panaskan balik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya