Anwar hulur sumbangan kepada anak sulung kepada mangsa

Anwar hulur sumbangan kepada anak sulung kepada mangsa enam beranak maut  

SETIAUSAHA Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi mengunjungi adik Rahman di Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu. -GAMBAR FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu. 

Beliau berkata, sumbangan kepada remaja bernama Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam, bagi meredakan ujian dan beban yang dihadapinya. 

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujiannya. 

“Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa disisi-Nya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, mengorbankan bapa dan ibu Abdul Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43. 

Turut maut empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan lori. 

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin ketika ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, Johor. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya