Air pasang besar di Kuala Selangor terkawal - Utusan Malaysia

Air pasang besar di Kuala Selangor terkawal

Air pasang
ANGGOTA bomba meninjau paras laut di sekitar Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Fenomena air pasang besar melanda pesisir pantai di sekitar daerah ini terkawal dan tiada berlaku limpahan sehingga mengakibatkan banjir.

Jurucakap Smart Selangor Command Centre (SSCC) berkata, paras air laut setinggi 5.5 meter direkodkan di empat kawasan bermula pukul 6.58 pagi tadi.

“Pemantauan pertama oleh pasukan bomba dilakukan di Kunci Air Sungai Janggut diikuti Kunci Air Sungai Sembilang pukul 7.05 pagi.

“Lokasi pemantauan ketiga iaitu di Pantai Remis pula dibuat pukul jam 7.09 pagi manakala Pantai Jeram pukul 7.15 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, keadaan terkawal itu dipengaruhi faktor cuaca baik dan tidak berlaku hujan di kawasan pesisir pantai berkenaan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan mengenai keselamatan kawasan pesisir pantai.

“Maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor menasihatkan penduduk daerah ini berjaga-jaga menghadapi fenomena air pasang besar bermula hari ini hingga Isnin depan.

Paras air laut dijangka meningkat sehingga  5.6 meter esok dan Ahad manakala 5.4 meter pada Isnin.

Orang awam boleh membuat laporan kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasan PDT Kuala Selangor di talian 03-32897632. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya