Ahmad Zahid, pemimpin BN-PH iringi calon BN Pelangai

Ahmad Zahid, pemimpin BN-PH iringi calon BN Pelangai

AMIZAR Abu Adam (tengah) diiringi Ahmad Zahid Hamidi (empat kanan) dan Wan Rosdy Wan Ismail (empat kiri) hadir di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Bentong, Pahang, pagi ini. - UTUSAN FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam ke Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini, pagi ini.

Turut bersama Pengerusi BN itu adalah pemimpin BN antaranya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu merupakan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hadir memberikan sokongan kepada calon BN.

Terdahulu, pergerakan calon ke pusat penamaan calon disambut dengan bacaan selawat dan laungan takbir.

PRK DUN Pelangai bermula hari ini dengan proses penamaan calon dan diikuti kempen yang berlangsung sehingga proses pengundian pada 7 Oktober ini.

Kerusi N36 Pelangai diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

PRK DUN Pelangai kali ini dijangka menyaksikan saingan sengit antara BN dan PN yang masing-masing turun dengan misi wajib menang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya