Ahmad Zahid pecah tradisi Presiden UMNO pertama hadir Persidangan Tahunan DAP 2023

Ahmad Zahid pecah tradisi Presiden UMNO pertama hadir Persidangan Tahunan DAP 2023

AHMAD Zahid Hamidi menghadiri Persidangan Tahunan DAP 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi apabila menjadi Presiden UMNO pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri itu tiba kira-kira pukul 9.25 pagi sebelum diberi tepukan gemuruh oleh
ribuan perwakilan.

Turut kelihatan hadir ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa wakil daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Hadir sama Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan uapan dasar oleh Setiausaha Agung, Anthony Loke.

Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila parti itu buat pertama kalinya menjemput rakan sekutunya daripada BN terdiri daripada UMNO dan MCA.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu turut dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya