KUALA LUMPUR: Selepas 77 hari dibicarakan, Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri. Beliau berpuas hati bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk memberhentikan pendakwaan walaupun sebelum keputusan diumumkan. Bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya