Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara

AHMAD TERIRUDIN MOHD SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa mulai 6 September ini.

Kenyataan itu menjawab desas-desus pelantikan Peguam Negara yang baharu ekoran kontrak Tan Sri Idrus Harun berakhir pada minggu depan.

Pelantikan tersebut sekali gus mengembalikan kedudukan Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan Jabatan Peguam Negara setelah tiga penyandang merupakan orang luar bermula daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Tommy Thomas dan Idrus sendiri yang masing-masing merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam.

Kali terakhir Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan agensi itu adalah Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ahmad Terrirudin bagi menggantikan Idrus yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September.

Katanya, Ahmad Terrirudin ketika ini adalah merupakan Peguam Cara Negara.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada Negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum dilantik Peguam Cara Negara yang merupakan kedudukan nombor dua selepas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pada 3 Mac lalu, Mohd Zuki memaklumkan Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Idrus telah dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 bagi tempoh dua tahun menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020.

Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, Idrus adalah Hakim Mahkamah Persekutuan selain pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya