Ahmad Farhan Naib Canselor UPM yang baharu

Ahmad Farhan Naib Canselor UPM yang baharu

DR AHMAD FARHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Prof Datuk. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu, berkuat kuasa  2 Oktober ini.

Ahmad Farhan memiliki Ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari The Catholic University of America, Amerika Syarikat dan ijazah sarjana dalam bidang pengangkutan dari Imperial College London, United Kingdom (UK).

Beliau juga merupakan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Pengajian Pengangkutan dari University College London, UK.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2004 dan pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM untuk tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2017 hingga hingga 2020

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Malaysian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya  (MIROS) dari tahun 2008 hingga 2011.

‘‘(Justeru), hasil kombinasi pengalaman pentadbiran di peringkat universiti awam dan agensi persekutuan, kementerian  yakin Dr. Ahmad Farhan dapat meletakkan UPM berada di atas landasan sebagai universiti penyelidikan yang memfokus kepada pertanian, ‘’ kata kenyataan tersebut.

Beliau juga dilihat berkeupayaan untuk memacu UPM ke satu tanda aras baharu dalam ekosistem pendidikan tinggi khususnya bagi merealisasikan agenda sekuriti makanan negara.

Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof Datuk Dr. Roslan Sulaiman, bekas Naib Canselor UPM yang telah tamat berkhidmat sebagai Naib Canselor UPM pada 31 Ogos 2023 yang lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya