Agong titah hakim syarie Sabah urus masalah umat Islam

Agong titah hakim syarie Sabah urus masalah umat Islam dengan cepat, adil

Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menandatangani plak perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, sambil disaksikan oleh Juhar Mahiruddin (dua kiri) dan Hajiji Noor (kiri) di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar hakim syarie dapat mengurus masalah umat Islam di Sabah dengan baik dan adil.

Al-Sultan Abdullah berharap dengan terbinanya mercu tanda Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah itu, segala masalah umat Islam dapat diselesaikan dengan seadil-adilnya dan secepat-cepatnya.

 

“Kita tahu ada juga rungutan-rungutan kerana kelewatan membuat keputusan-keputusan yang kecil dan besar. Jadi, ini harus dijadikan satu tanggungjawab bersama untuk menentukan segala urusan berkaitan hal-hal rumah tangga, hal-hal faraid, hal-hal undang-undang syarak perlu diuruskan dengan sebaiknya dan secepat mungkin dengan berlandaskan kepada hukum syariah dan elemen-elemen syariah,” titah Al-Sultan Abdullah semasa merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah semalam.

KOMPLEKS Mahkamah Syariah Negeri Sabah

Kompleks mahkamah setinggi empat tingkat yang mula dibina pada 9 November 2017 itu dibina dengan kos RM58.12 juta. Projek pembinaan tersebut dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan siap sepenuhnya pada 22 Julai 2021.

Kompleks berkenaan dilengkapi dengan sebuah dewan perbicaraan Mahkamah Rayuan Syariah, dua dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, tiga dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah, kamar hakim syarie, pejabat pentadbiran, bilik pegawai, bilik sulh, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, surau, kafeteria dan taman asuhan kanak-kanak.

Hadir sama adalah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Seri Paduka bertitah pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah itu secara tidak langsung merupakan manifestasi kewujudan pentadbiran Islam bertapak di negeri Sabah setelah wujudnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri ini pada 46 tahun lepas.

Ia adalah perkara yang diusahakan kepimpinan terdahulu daripada Yang Dipertua Negeri (TYT) terdahulu, Ketua Menteri dahulu, menteri kabinet bertanggungjawab juga mufti-mufti dahulu.

Majlis perasmian kompleks itu adalah sebahagian daripada program Kembara Kenali Borneo yang disertai Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Kembara itu membabitkan pengembaraan sejauh 2,149 kilometer bermula daripada 3 hingga 13 September.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya