Agong tiba di Lawas teruskan Kembara Kenali Borneo di Sarawak

Agong tiba di Lawas teruskan Kembara Kenali Borneo di Sarawak

KEMERIAHAN penduduk Lawas menyambut ketibaan rombongan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Tebingan Sungai Lawas, Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menelusuri Lebuhraya Pan Borneo di Sabah kini diteruskan di Sarawak secara rasminya malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong dan isteri, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Tebingan Sungai Lawas, melalui Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Merapok, di sini sekitar pada jam 8 malam tadi.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong disambut oleh Pemangku Yang di Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Rombangan Seri Padukan telah memulakan pengembaraan di Bumi Kenyalang menerusi pintu masuk ICQ Merapok, Lawas di sini selepas mengakhiri program Kembara Kenali Borneo di Sabah yang kira-kira jauhnya 900 kilometer (km) sejak 3 September lepas.

Antara pengisian program malam tadi di Lawas termasuk persembahan sambutan kebudayaan daripada enam etnik dan sesi menandatangani plak Kembara Kenali Borneo.

Seusai di Lawas, rombongan Bagina telah meneruskan perjalanan ke Brunei Darussalam melalui Jambatan Temburung sebelum ke Miri bagi meneruskan pengembaraan ke bahagian lain di Sarawak.

Kembara di Sarawak ini juga akan melalui bandar-bandar utama seperti Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching seterusnya Baginda dijadualkan menamatkan jelalah tersebut di Telok Melano, Lundu iaitu yang terletak di kawasan Selatan Sarawak. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya