Agong, Raja Permaisuri terharu semangat rakyat sepanjang Kembara Kenali Borneo

Agong, Raja Permaisuri terharu semangat rakyat sepanjang Kembara Kenali Borneo

- GAMBAR FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terharu dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan Kembara Kenali Borneo. 

Menurut Istana Negara, sikap itu dizahirkan rakyat bermula dari keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Tawau dan  tanpa mengira penat lelah, waktu serta keadaan cuaca, terutama pada waktu lewat malam dan ketika hujan lebat. 

Jelasnya, Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh rakyat di atas sambutan yang telah diberikan itu. 

Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo menasihati orang ramai supaya tidak bersusah payah menunggu rombongan terutama sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil dan terutamanya ketika hujan lebat. 

“Namun, Seri Paduka berdua dan pihak Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo juga amat prihatin dengan keselamatan diri dan ahli keluarga rakyat yang menunggu rombongan Baginda berdua di lokasi-lokasi seterusnya Kembara Kembali Borneo peringkat negeri Sarawak. 

“Oleh demikian, pihak urusetia menasihati orang ramai supaya sentiasa berada di bahu jalan raya dan tidak menyeberangi jalan raya ketika rombongan melintasi lokasi-lokasi untuk mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini. 

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak bersusah payah menunggu rombongan terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil dan ketika hujan lebat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Pada masa sama, pihak urusetia juga memohon kepada pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan diri orang ramai yang berada di bahu jalan raya terjamin. 

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba Seri Paduka dan Yang di-Pertuan Agong semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di negeri itu semalam. 

Menerusi video yang dirakam sendiri Tunku Azizah yang dikongsikan di Instagram Istana Negara semalam, baginda menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat semasa perjalanan pasangan diraja itu dari Kota Kinabalu ke Sepitang yang merupakan destinasi terakhir konvoi sebelum memasuki Lawas, Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya