Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah

Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah

AL-SULTAN Abdullah, Tunku Azizah Aminah bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri di Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Brunei, ketika siri Kembara Kenali Borneo memasuki hari keenam.

Menurut Istana Negara, majlis tersebut dihoskan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. 

“Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Brunei pada Sabtu malam lepas selepas menyantuni rakyat di Lawas, Sarawak dan bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri, Sarawak, hari ini,” katanya. 

Pengembaraan Kembara Kenali Borneo sejauh 2,154 kilometer menelusuri Sabah, Sarawak serta Brunei akan berakhir 13 September ini di Telok Melano, Sarawak.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya