Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina

Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hadir pada Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim) telah  menganjurkan Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Majlis itu diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Pemangku Presiden Persekutuan Persatuan Lim Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Ir. Lim Hock San, dan barisan exco persatuan serta dif-dif kehormat. 

“Kami berasa amat bertuah dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 ini walaupun dengan jadual baginda tuanku yang padat dan baru sahaja pulang daripada ekspedisi Kembara Kenali Borneo 2023.

“Keberangkatan baginda berdua membawa kegembiraan dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap hadirin yang turut melambangkan perpaduan di negara kita.

“Festival Tanglung atau dikenali juga sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh, merupakan acara penting dari segi budaya bagi kaum Cina di Malaysia di mana ianya sarat dengan elemen-elemen jalinan kekeluargaan dan komuniti, satu nilai penting yang turut didukung kukuh oleh persatuan dan juga LBS,” ujar Hock San.

Katanya. di Malaysia, Festival Tanglung melangkaui perbezaan budaya, mempamerkan ciri-ciri unik negara yang meraikan perayaan bersama-sama meskipun datang dari pelbagai budaya yang berbeza sekali gus memupuk keharmonian di kalangan rakyat.

“Ia mencerminkan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya yang sedia ada dan harus dihargai oleh semua”.  Tan Sri Ir. Lim Hock San turut menekankan peranan perayaan ini yang berupaya menyatupadukan rakyat dan mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita,” katanya.

Selain itu, Persatuan Lim turut mengumumkan bahawa mesyuarat tahunan Persekutuan Persatuan Lim Sedunia bakal dianjurkan pada November tahun ini, dan Malaysia akan dipilih menjadi tuan rumah dengan anggaran penyertaan lebih dari dua ratus orang ahli persatuan dari seluruh dunia.

Persatuan Lim  komited untuk menganjurkan mesyuarat yang terbaik dan meninggalkan kesan positif bagi Malaysia, di mana mesyuarat ini bakal menjadi platform terbaik untuk para peserta bertukar-tukar pendapat sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Persatuan Lim turut berkongsi mengenai matlamat dan aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Lim sebelum ini, terutamanya komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pengukuhan komuniti Lim yang memfokuskan sektor pendidikan, kesihatan dan peningkatan infrastruktur.

Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 telah berlangsung dengan jayanya dan turut dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang melambangkan perpaduan, kepelbagaian serta keindahan budaya rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya