Agong dijangka meneruskan Kembara Kenali Borneo di Miri esok .

Agong dijangka teruskan Kembara Kenali Borneo di Miri esok dari Brunei Darussalam

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Brunei Darussalam dan disambut oleh Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah (kanan), selepas singgah di Lawas, Sarawak malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Rombongan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berangkat tiba di bandaraya Miri esok.

Kembara Kenali Borneo akan memasuki semula Sarawak menerusi Miri dan beberapa acara sambutan yang telah dirancang juga akan diadakan sebelum bergerak ke Bekenu dan Bintulu pada keesokannya.

Antara lokasi yang akan dilawati di Miri termasuk, Pusat Kraftangan Miri, Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, dan Pantai Bungai di Bekenu.

Di setiap lokasi yang dilawati, Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai program menarik, antaranya aktiviti bersama rakyat, pameran dan demonstrasi kraftangan, aktiviti kebudayaan, aktviti memasak.

Semalam, rombongan Seri Paduka selamat tiba di Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak.

Selama enam hari rombongan akan berpeluang mengenali dan menyelami adat, budaya, warisan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Sementara itu, di bahagian Sarawak yang lain, rombongan turut akan singgah di Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sg Gelam, Sebauh, Tokong Yu Lung Tian En Si Sibu, Kampung Bandung Sibu, Pasar Central Sibu, Masjid Bahagian Sri Aman, Fort Alice Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

Rombongan turut akan menikmati pelbagai jenis juadah dan makanan tempatan Sarawak yang begitu unik dan, paling penting berpeluang beramah mesra dengan rakyat di Sarawak, sejajar dengan matlamat utama kembara yakni untuk mendampingi dan menyantuni rakyat Sarawak.

Kembara di Sarawak ini juga akan melalui bandar-bandar utama seperti Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching seterusnya Baginda dijadualkan akan menamatkan jelalah tersebut di Telok Melano, Lundu iaitu yang terletak di kawasan Selatan Sarawak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya