Agong berangkat tiba di Brunei pada hari keenam siri Kembara

Agong berangkat tiba di Brunei pada hari keenam siri Kembara Kenali Borneo

AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalaman dengan rakyat Brunei selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Brunei Darussalam, memasuki hari keenam siri Kembara Kenali Borneo.  

Facebook Istana Negara hari ini memuat naik hantaran ringkas menyatakan Seri Paduka berdua melalui Kawalan Imigresen Labu Temburong, selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak, semalam. 

“Seri Paduka Baginda berdua kini bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri, Sarawak esok,” kata kenyataan itu. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Keberangkatan tiba Seri Paduka di masjid tersebut disambut Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan barisan kepimpinan kerajaan Brunei Darussalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Seri Paduka turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya