ADUN Perak dapat komputer riba - Utusan Malaysia

ADUN Perak dapat komputer riba

MUHAMMAD Zahir Abdul Khalid (tengah) menunjukkan komputer riba yang akan diberi kepada semua ADUN Perak dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak akan menerima sebuah komputer riba dan akan mula digunakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri selama tiga hari bermula Isnin sehingga 27 September ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pemberian komputer riba itu melalui Digital Perak Corporation Holdings.

Menurutnya, sempena persidangan DUN kali ini, pemberian komputer itu diharap dapat memupuk budaya pendigitalan dalam kalangan ADUN dan mengurangkan penggunaan kertas semasa persidangan berlangsung.

“Pemberian komputer riba ini juga membolehkan ADUN bekerja lebih kuat dan dapat menyertai mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa dan di mana sahaja secara dalam talian sekiranya tidak dapat hadir secara bersemuka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air Perak antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan kali ini.

Menurutnya, kelulusan RUU tersebut ditangguhkan pada tahun lepas dan akan dibentangkan semula oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang DUN kali ini.

“Seramai 20 ADUN akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan RUU tersebut pada sesi perbahasan yang dijadualkan pada hari pertama persidangan,” katanya.

Sebelum ini, Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2022 yang dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, ditangguhkan kelulusannya ke satu masa yang akan ditetapkan.

RUU tersebut dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bertujuan memastikan aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang membabitkan sumber air negeri dapat dipantau selain pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air melalui penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.

Sementara itu, orang ramai boleh mengikuti ‘live streaming’ sepanjang persidangan berlangsung melalui saluran YouTube DUN Perak dan pautan akan dipaparkan melalui portal rasmi Kerajaan Negeri Perak serta laman Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sepanjang hari persidangan tersebut berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya